Bangunkan dirimu


Bual bicara kita tersingkap jua akhirnya. Ada juga kisah yang terungkap sepanjang percutian saya. Kisah ini telah membuka ruang buat saya menyedari kedudukan diri yang sebenar. Tatkala ombak bergelora namun badai jua menghempas ke pantai.

Kisah seorang sahabat yang baru pulang ke Malaysia, sahabat itu mengadu pada teman-teman terdekatnya. Tak larat nak tunggu sebulan lagi, rindu tak terbendung. Baik pada keluarga juga masakan umi. Namun, hatinya tersentuh dengan nasihat abang Idil. Tak rugi, ilmu katanya.

TAWWIR NAFSAK

Tiga bulan cuti berbaki, termasuk yang lajak pulang berhari raya di Malaysia. Saya masih berkira-kira apa yang nak dilakukan sebulan di Mesir. Alhamdulillah, masa yang ada di isi dengan kelas tafaqquh bersama Ustaz Fawwaz dan tasmi’ Al-Quran.

Syekh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya Jaddad Hayaatak, menyebut dalam salah satu topik supaya bersama-sama untuk meningkatkan diri kita. Beliau mengemukakan contoh andai dua orang diberi peluang yang sama selama dua bulan untuk dimanfaatkan. Seorang rajin mengunjungi kelas tafaqquh, mendampingi orang-orang saleh, melazimi pembacaan dan sebagainya. Manakala seorang lagi khayal dalam mabuk hedonisme, terperangkap dalam jerat kelapangan dan gagal dalam mengkoreksi diri.

Pasti, dua bulan yang dilalui membuahkan hasil yang berbeza bagi kedua-dua individu. Pemikiran, tsaqafah, pengalaman juga watak yang berlainan. Adalah amat merugikan jika kita yang tergolong dalam mereka yang rugi lagi celaka, tiada peningkatan diri. Mabuk, khayal akibat meneguk arak hedonisme. Sebut sahaja. Filem?Drama?Game? Mana yang tak teratah..

“Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang sia-sia.”
Al-Mu’minun: 1-3

KIKIS KEAIBAN DIRI

Menyedari diri ini diselubungi aib dan cela, jadi tanggungjawab untuk koreksi. Benar, turning point itu susah dicari, tapi malu berubah bukan penyelesaian.

Saya kemukakan apa yang saya pernah baca dalam Tarbiyah Dzatiyah, karangan Solikhin Abu Izuddin, seorang penulis terkenal Indonesia yang menggariskan tahap-tahap yang seseorang itu perlu cari dalam membaca aib diri;

1. Duduk bersama-sama syekh-syekh.
Berdampingan dengan para syekh ini, kita akan memperoleh tausiyah dantaujihah yang amat berguna bagi diri kita. Kefaqihan mereka serta keikhlasan dalam beramal menjadikan mereka ini golongan yang sangat ihsan dalam menyampaikan kebenaran. Namun, syekh-syekh ini sulit dicari dewasa ini lantaran sedikitnya mereka yang ikhlas. Kerana itu saya mencemburui Baihaqi.

2. Mendatangi sahabat-sahabat yang soleh.

“Sebaik-baik orang di antara kamu ialah mereka yang kamu lihat akan mengingatkan kamu kepada Allah”

Abu Musa Al-Asy’ari sangat gemar menatap wajah Abdullah Bin Mas’ud. Begitu juga Ibnu Qayim amat suka melihat wajah Ibnu Taimiyah. Kerana bila diperhati sahabat-sahabat mereka ini berputik iman, berbuah amal.

Daripada sahabat-sahabat yang soleh ini, dikurnia Allah kepada kita basirah diniah (pandangan deen). Insya-Allah daripada mereka akan terjelas persepsi mungkar. Sudah menjadi kewajiban ke atas kita agar dikenali kebatilan. Garis panduan agar tak tergelinicir dari landasan syara’.

3. Mendengar cercaan musuh.
Kerana mata orang ini lebih tajam dalam menjejaki jelek orang. Jangan didengar dari corong amarah tapi dengan akal yang terpimpin.

4. Interaksi dengan setiap golongan manusia.
Seharusnya menggauli manusia berbagai ragam yang ditemui. Apabila yang jahat itu ditemui maka jauhilah!

“Jiwa kamu jika tidak disibukkan dengan ketaatan akan disibukkan dengan kemaksiatan.”
Ali Bin Abi Thalib

11 thoughts on “Bangunkan dirimu

  1. I do accept as true with all the ideas you’ve presented to your post. They are very convincing and can certainly work. Still, the posts are very short for newbies. Could you please prolong them a little from subsequent time? Thanks for the post.

  2. Thanks a lot for sharing this with all of us you really recognize what you’re talking approximately! Bookmarked. Kindly also talk over with my website =). We may have a link exchange contract among us

  3. I am curious to find out what blog platform you have been using?
    I’m experiencing some minor security problems with my latest site and I would like to find something more risk-free. Do you have any suggestions?

  4. Today, I went to the beach front with my children.
    I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
    said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” She put the shell to her
    ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is entirely off topic but I
    had to tell someone!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s