Riwayat Hidup Imam Syafie


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan Sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie  berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Ahmad bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada diri sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alas an dari Quran dan hadis.” Beliau juga berpesan: tia[-tiap perkara yag saya katakana padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

Nota Kaki: (Guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma’aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid  dalam ilmu tarbiah ruhani. Semua imam-imam agung dari keempat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf…hanya orang-orang yang bodoh sahaja menganggap tawasuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHUALAMBISAWAB!)

Jika anda berminat untuk membcanya lagi sila ke laman ini.  Terima kasih atas sokongan anda semua.

http://mawarmatahari.blogspot.com/2013/02/siapakah-beliau.html

482 thoughts on “Riwayat Hidup Imam Syafie

  1. I just couldn’t go away your site before suggesting that
    I actually enjoyed the usual information a person probide for your
    visitors? Is going tto be again frequently
    in order to check out new posts

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.