We miss spaces


Salam sejahtera,kata orang rindu tandanya sayang, betul ke.?..mungkin betul juga tapi adakah kebenaran itu dapat di buktikan dengan sah. Entahlah aku pun tak tahu setakat mana kebenaran itu dapat dibuktikan. Belum ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Nantilah mungkin akan ada kajian tentang ini yang menjadi tanda tanya juga tu.

Kata orang tua-tua kalau adik-beradik bergaduh tu macam kucing dengan anjing bila dekat tapi bila jauh rindu pula tu, sampaikan ada keluar perumpaan bila dekat bau busuk, bila jauh bau wangi. Ada orang kata walaupun moyang-moyang kita ni dulu tak sekolah tapi sebenarnya mereka lebih tahu dan arif daripada kita, betul tak?.

Aku terjumpa satu artikal ni yang menyatakan tentang makna rindu….didalam artikal tu dia kata rindu adalah meninggalkan yang majazi dan menggapai yang hakiki. Rindu adalah menyatukan segala takluk pada jasmani dan rohani. Rindu adalah segala keluh-kesah dan tunduk menyerah; dan sekian banyak lagi nukilan jiwa tentang rasa yang menjalar itu. Namun tentunya, si perindu adalah terpelihara daripada cela nista,jika itu adalah pelukan daripada Hadrat Kekasihnya, begitulah kut alkisahnya…^_^

Pelikkan perasaan ni sampaikan ada yang sanggup I jump You jump…hahahah….dahsyat perasaan ni,kan. Ada sesetengahnya pula sanggup cinta sampai mati sama-sama…ke gunungku daki ke lurah sanggup dituruni kemana pun tak tahulah agaknya…macam cerita  Laila Majnun pula dah ni… Ada sesetengahnya menyatakan rindu pada sepucuk surat, masukkannya dalam botol kaca dan alirkan pada sungai, mereka berharap orang yang dirindui itu akan membalasnya kembali dan menyatakan perasaan rindu yang sama. Adakah anda pernah melakukannya?.

Kata orang cinta, rindu, sayang itu adalah perasaan luar biasa yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Ada sesetengahnya menyatakannya pada ucapan Good morning atau Good night pada orang yang disayangi atau selalu menjadi nadi dalam kejayaannya sebelum tidur atau bangun dari tidur, adakah anda pernah mengalaminya sebelum ini?..Mungkin perasaan luar biasa itu sukar untuk mengerti oleh orang lain tetapi hanya dirasai oleh orang yang mengalaminya sendiri. Perasaan yang luar biasa, misal perasaan rindu mungkin datang secara tiba-tiba tanpa kita sedari memikirkan orang dekat dengan kita.Contohnya, ibu bapa kita yang berada jauh disamping kita. Mungkin juga kita selalu memikirkan tentang keadaan dirinya yang jauh dimata dekat dihati itu.Mungkin anda pernah mengalaminya sebelum ini?.

Kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa perasaan rindu adalah satu perasaan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan harian kita. Setiap orang pasti merasai perasaan rindu itu; mungkin pernah dialami oleh kita semua dalam kehidupan. Oleh itu, perasaan rindu, cinta, sayang itu haruslah disulami dengan doa-doa agar orang kita sayangi berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

One thought on “We miss spaces

  1. Pingback: I have a friend – ANNYS SOPHELIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s