Selamatkan Nyawa


KENALI 10 PETANDA AWAL KANSER

NIKMAT HIDUP SIHAT DAN MEMBAHAGIAKAN SESUNGGUHNYA MENJADI HARAPAN SETIAP INSAN DI DUNIA INI. NAMUN DEWASA INI, BOLEH DIKATAKAN SETIAP ORANG AKAN TERKAIT DENGAN PENYAKIT KANSER, SAMA ADA IA DIHIDAPI SENDIRI, OLEH KAHLI KELUARGA ATAU KENALAN YANG TERPAKSA HIDUP MENDERITA KERANANYA. PERKARA INI DIAKUI OLEH PAKAR BEDAH AM DARIPADA TROPICANA MEDICAL CENTRE, KOTA DAMANSARA IAITU DR. KWAN KEAT LEONG YANG BERANGGAPAN BAHAWA SENJATA TERBAIK UNTUK MENUMPASKAN KANSER HANYALAH DENGAN PENGESANAN AWAL.

Berdasarkan laporan World Cancer  Report, bilangan pesakit yang menderitai kanser akan meningkat sebanyak 50% (dari anggaran lebih 10 juta kes) di seluruh dunia pada tahun 2000 kepada 15 juta kes menjelang tahun 2020. Peningkatan ini dijangkakan kerana peningkatan populasi manusia yang semakin tua di negera-negara maju dan membangun, selain amalan merokok yang semakin tinggi serta amalan gaya hidup yang tidak sihat.

“Kanser adalah penyakit di mana sel-sel dalam badan tiba-tiba tumbuh di luar kawalan, seterusnya mampu merebak ke pelbagai tempat di seluruh badan. Ia melibatkan siri mutasi genetik sel yang akan menyebabkan sel tersebut kelihatan berbeza dan tidak berfungsi seperti sel biasa. Menerusi tinjauan, kanser paru-paru adalah kanser paling biasa di seluruh dunia, diikuti dengan kanser payudara, kolon, dan rektum, hati, serviks, esofagus, kepala dan leher serta leukemia.” jelas Dr. Keat Leong dengan serius.

Menurutnya lagi, hampir 1/3 daripada semua kes kanser adalah boleh dielakkan manakala 1/3 boleh diubati dengan pengesanan awal dan rawatan yang sesuai. National Cancer Society Of Malaysia (NCSM) telah mengenal pasti 10 tanda dan simptom yang boleh diguna pakai sebagai amaran awal kenser kepada setiap orang.

10 SIMPTOM AWAL KANSER

1. PERUBAHAN KETIKA MEMBUANG AIR

Ciri-birit atau sembelit yang berterusan, perubahan dari segi warna, kekerapan atau saiz najis mungin petanda awal kanser rektum. Selain itu, kewujudan darah dalam air kencing,rasa ingin kencing dengan kerap atau kepedihan semasa membuang air kencing pula mungkin disebabkan oleh kanser prostat atau kanser pundi air kencing.

2. BONJOL YANG TIDAK HILANG ATAU SEMAKIN MEMBESAR

Kebanyakan kanser boleh dirasai melalui kulit. Kanser seperti ini biasanya merebak melalui payudara, kelenjar limfa dan tisu lembut dalam badan. Bonjol luar biasa boleh menjadi tanda awal kanser, terutamanya jika ia semakin membesar.

3. MAKANAN TIDAK HADAM ATAU SUKAR UNTUK MENELAN MAKANAN

Ketidakhadaman atau masalah untuk menelan makanan mungkin simptom kanser dalam perut atau esofagus.

4. BATUK BERTERUSAN ATAU SUARA BERTUKAR GARAU

Batuk yang berlanjutan serta tidak hilang selepas dua minggu untuk orang yang tidak merokok atau batuk yang semakin teruk selepas dua minggu untuk perokok adalah tanda awal kanser larynx, tiroid atau esofagus.

5. PENDARAHAN LUAR BIASA ATAU CECAIR DARIPADA PEMBUKAAN DALAM BADAN

Pendarahan luar biasa atau pengeluaran cecair dari fajar mungkin tanda awal kanser serviks atau rahim. Pendarahan dari puting payudara pula mungkin tanda awal kanser payudara. Sementara itu, kanser kolon atau rektum boleh menyebabkan pengeluaran darah dalam najis atau lelehan darah dari dubur. Darah dari sputum pula mungkin tanda awal kanser paru-paru.

6. LUKA YANG TIDAK SEMBUH

Luka yang tidak sembuh mungkin tanda awal kanser kulit, terutamanya jika terdapat pendarhan, ulser atau perubahan warna. Luka dalam mulut yang kerap terjadi mungkin tanda awal kanser mulut; Manakala kanser alat kelamin boleh dilihat menerusi luka di bahagian kemaluan lelaki atau perempuan.

7. PERUBAHAN DI TAHI LALAT ATAU KETUAT

Tahi lalat atau ketuat yang berubah warna atau saiz tidak patut diabaikan kerana ia mungkin tanda kanser yang lebih dikenali sebagai melanoma.

8. KEKERAPAN SAKIT ATAU KETIDAKSELESAAN DI BAHAGIAN PERUT

KANSER PERUT, HATI ATAU PANKREAS BOLEH MENYEBABKAN KESAKITAN ATAU KETIDAKSELESAAN DI BAHAGIAN ATAS ABDOMEN MANAKALA KANSER KOLON, REKTUM, OVARI ATAU UTERUS BOLEH MENYEBABKAN KESAKITAN ATAU KETIDAKSELESAAN DI BAHAGIAN BAWAH ABDOMEN.

9. PENDARAHAN LUAR BIASA DI BAHAGIAN HIDUNG ATAU BUNYI DENGUNGAN DALAM TELINGA

Pendarahan hidung secara luar biasa mungkin simptom kanser nasopharygeal atau kanser telinga, hidung dan tekak.

10. BERAT BADAN MENURUN SECARA TIBA-TIBA

Penurun berat badan secaratiba-tiba lebih dari 100% berat badan asal juga merupakan tanda awal bagi sesetengah kanser. Penurunan berat badan biasanya disebabkan oleh hilang selera makan, ketidakupayaan untuk mengekalkan nutrisi dan sebahagian daripada sindrom kanser cachexia.

“Justeru, sekiranya berlaku salah satu tanda atau simptom yang dinyatakan ini, anda amat dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor. Namun diingatkan bahawa tanda-tanda ini tidak semestinya bermaksud anda telah mendapat kanser tetapi ia tidak boleh diabaikan untuk kebaikan kesihatan. mengenalpastinya daripada awal boleh menningkatkan potensi rawatan dan pemulihan pesakit kerana kebanyakan kanser boleh dirawat dengan pengesanan awal.” Ujar Dr. Keat Leong mengakhiri bicara.

Susunan : NORZALINA MOHD ALIAS
TERIMA KASIH TROPICANA MEDICAL CENTRE,KOTA DAMANSARA

Sumber dipetik daripada Laporan Kesihatan Nona September 2011.

6 thoughts on “Selamatkan Nyawa

  1. Hmm it looks like your website ate my first comment (it was extremely
    long) so I guess I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m
    thoroughly enjoying your blog. I too am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing. Do you have any points for beginner blog writers? I’d
    definitely appreciate it.

  2. Weekend break produce, superb to be able to living room at your house and / or operate errandsnice in addition to vogue, quickly features to lbuy neverwinter astral diamondsage if you don’t take all the way up quite a bit room in your home! Wonderful following snow skiing all day long!The one weakness…due to their knit can’t become humid…exceptional foot!

  3. You need targeted traffic to your website so why not try some for free? There is a VERY POWERFUL and POPULAR company out there who now lets you try their traffic for 7 days free of charge. I am so glad they opened their traffic system back up to the public! Sign up before it is too late: http://nsru.net/fdse

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s