Aku Sebuah Beg Tangan


Aku dilahirkan di kilang beg tangan. Aku juga dikeluarkan di kilang yang membuatku pelbagai jenama beg. Itulah pertama kali aku melihat dunia yang penuh pacaroba.Banyak halangan yang kuterima semasa aku di keluarkan. Rintangan itu ditempuhi dengan tangan yang terbuka untuk aku mengenal dunia sebenar kelak.

Selepas aku dilahirkan aku telah dibawa oleh sebuah lori yang membawa aku dan rakan-rakanku ke suatu tempat yang aku sendiri tidak pasti. Rupa-rupanya dia ingin membawa aku ke sebuah tempat yang menjual beg tangan berjenama. Aku berasa bersyukur kerana terlepas dari seksaan kerana aku boleh melihat duniaku sendiri.

Aku disusun dengan begitu rapi dan kemas oleh penjual beg tangan. Ada sesetengah rakan-rakanku yang lain dipamerkan dan di letakkan diruang pameran berjenama beg tangan yang begitu memukau sesiapa yang melihatnya. Aku berasa iri hati kerana mereka boleh melihat dunia dengan lebih jelas dan luas tetapi aku tersimpan dan terkurung di dalam almari. Sejak hari itu aku berasa sedih dan sunyi kerana keseorangan dan lebih menyedihkan aku adalah tiada sesiapa inginkanku. Aku berharap agar ada seseorang menjadi tuan baruku untuk melepaskanku dari kurungan ini.

Pada keesokan harinya, aku berdoa agar ada seseorang membeliku dengan harga yang berpatutan dan aku berharap agar aku ada tuan baru. Aku sentiasa menadah tangan kepada Tuhan agar ada seseorang membeliku. Beberapa minit kemudian, ada seorang wanita memasuki kedai tuanku. Mungkin dia ingin membeliku;bisik hati kecilku.

Pada waktu itu aku berdoa agar orang itu membeliku. Doaku dimakbulkan oleh Tuhan, wanita itu membuat tawar-menawar kepada tuan kedai. Setelah dia membuat tawar-menawar aku berasa bersyukur kerana wanita itu ingin membeliku dengan harga yang sangat berpatutan. Aku berasa bersyukur kerana ada orang ingin membeliku. Wanita itu akan menjadi tuan baruku nanti. Aku sedia berkhidmat untuk tuan baruku ketika diperlukan.

Ketika wanita itu memilih aku pelbagai perasaan telah kualami. Berasa sedih, gembira dan pelbagai perasaan yang tidak terungkap. Aku berasa sedih kerana aku akan meninggalkan rakan-rakanku yang selama ini berkawan rapat denganku. Aku berasa gembira kerana aku telah mendapat tuan baru dan dimiliki oleh seorang wanita. Aku melihat dari kacamataku, wanita itu sungguh hebat dan luar biasa. Wanita itu memiliki wajah yang ayu, manis, bibirnya kemerah-merahan seperti buah delima dan aris bulu matanya lenting dan matanya seperti mata kucing dan hidungnya mancung..bagiku wanita itu sungguh cantik dan hebat. Dia membawaku dengan kereta BMW miliknya.

Tiba-tiba, keretanya berhenti dan dia seakan memanggil suaminya kerana wanita itu inginkan pertolongan. Aku pasti ini adalah rumahnya. Aku terkejut kerana dia memiliki rumah banglo yang hebat seperti orangnya juga. Aku melihat beberapa buah kereta milik tuanku. Aku pasti itu adalah milik tuanku dan suaminya. Aku tidak sangka kerana aku telah memiliki tuan yang hebat dan tidak sia-sia aku berdoa kepada Tuhan agar ada orang membeli aku; Tuhan inginkanku bertuankan orang yang elegant dan mewah seperti tuan baruku.

Beberapa hari kemudian tuan baruku memakaiku pada malam itu dengan baju idamannya dihadapan cermin. Aku letakkan ditempat khas yang aku sendiri tidak pasti. Pada keesokkan harinya, pada malam itu aku telah digalas dengan lembut. Aku sungguh gembira kerana tuan baruku ingin memakaiku buat kali pertama.

Sampai di suatu tempat, dia berjumpa dengan suaminya di sebuah hotel yang kukira hotel bertaraf lima bintang. Pelayan-pelayan hotel itu sungguh lembut dan mempesonakanku. Aku tidak pernah berada di situ sebelum ini.Di tempat inilah kuambil pengalamanku buat pertama kali bersama tuan baruku. Dia dan suaminya memesan makanan dan beberapa minit pelayan hotel itu menghantar makanan.

Setelah selesai makan, mereka berbual-bual dan tuanku ketawa-ketawa kecil. Suaminya pula memuji-mujiku dan aku berasa bangga dan gembira kerana pada malam itu aku kelihatan cantik dan menyerlah. Ku fikir mereka meraihkan makan malam bersama-sama kerana adanya lilin yang menerangi mereka diluar hotel berdekatan dengan tepi kolam renang. Suasana pada malam itu sungguh romantik kerana adanya bisikkan biola yang menemani mereka berdua ketika suaminya mengucapkan sesuatu pada tuanku. Beberapa jam kemudian, mereka pulang dan sampai ke rumah aku disimpan dan barang didalam badanku di keluarkan.

Setelah aku beberapa kali dipakai oleh tuanku aku kelihatan lusuh dan buruk kerana tidak cantik lagi. Aku berasa sedih dengan keadaan diriku. Beberapa bulan selepas itu, aku dibuang kerana badanku dan kulitku telah kelihatan koyak dan lusuh. Aku dibuang didalam tong sampah yang busuk dan menjijikkan. Aku berasa sedih kerana tuan baruku tidak menyayangiku seperti dulu. Dia membawa pulang beg tangan yang baru dan aku masih sendiri dan menanti untuk meninggalkan tuan baruku.

2 thoughts on “Aku Sebuah Beg Tangan

  1. Pingback: Wisata Kuliner Belum Tergarap Optimal | makanenak.info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s