Appreciate them


Imej

Selamat sejahtera, Semua orang ada cita-citakan,betul tak. Begitu juga aku pun ada cita-cita yang mampu membanggakan keluarga dan diriku sendiri. Namun bagaimana impianku ini akan terlaksana. Begitu jualah impianku meneroka dunia yang tidak pernah aku terokainya; yang begitu indah, damai dan permai, tamanan yang indah dipenuhi dengan bunga-bungaan yang mungkin tidak pernah terungkap tapi hanya tersimpan di lubuk kalbuku ini. Mungkin jiwaku rapuh dan gersang namun penuh dengan harapan, namun ranjau dan duri berliku harusku tempuhinya tanpa rasa kecewa dan keazaman yang tinggi. Aku pasrah pabila hatiku luluh melihat tamanan yang membuai rasa dan mengamit memori didalam kotak fikiranku aku tersedia membawa halaman yang membentang seribu persoalan dan seribu mimpi indahku.

Imej

Dulu airnya tenang kini sedang berkocak. Jangan pula sangka air yang tenang tiada buaya,mungkin dikala airnya tenang sekian lama mungkin akan mengganas kini. Bintang dilangit banyak di cakerawala yang berkelip, setiap satu per satu bintang yang bersinar itu pasti ada sang pemujanya begitu jualah hatiku ini.

Imej

Tumbuhan yang segar dan subur pasti ada sokongan didalamnya. Tumbuhan yang ada sokongan didalamnya pasti ada air yang menyerap didalam tanah. Bayangkan jika air itu tidak meresap ke tanah pasti tumbuhan yang hidup akan terus kering dan akhirnya akan mati. Begitu jualah manusia. Jika pokok yang tiada sokongan didalamnya pasti akan menumbangkan harapannya untuk hidup dan mengoyakkan mimpinya untuk subur dan segar. Okeylah sampai disini jelah tulisan aku…hingga bertemu di lain waktu.

2 thoughts on “Appreciate them

  1. Pingback: I have a friend – ANNYS SOPHELIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s