Adab untuk si kecil


images (2)

IBU BAPA ADALAH SURI TAULADAN KEPADA ANAK-ANAK. OLEH ITU, IBU BAPA YANG MENINGINKAN ANAK KECIL DUA HINGGA TIGA TAHUN YANG BARU PANDAI BERCAKAP ADAB SOPAN KETIKA BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI TERUTAMA KELUARGA DAN TEMAN-TEMAN. ADA KALA TINDAKAN SI KECIL SUKAR DI DUGA DALAM USIA SEDEMIKIAN KERANA MEREKA MASIH SETAHUN JAGUNG DAN BARU BELAJAR BERGAUL DAN BERINTERAKSI DENGAN ORANG LAIN SELAIN AHLI KELUARGA. UNTUK IBU BAPA, BERIKUT ADALAH EMPAT LANGKAH MUDAH MENDIDIK SI KECIL BERTINDAK LEBIH SOPAN DAN BERADAB. KEMUDIANNYA, ADAB-ADAB YANG MULIA HENDAKLAH MULA DITERAPKAN DALAM DIRI ANAK-ANAK.

1. TINGKAH LAKU

Untuk mendapatkan anak yang bersopan dan beradab, ibu bapa perlu membetulkan tingkah laku sendiri terlebih dulu. Hal ini kerana tindak tanduk ibu bapa sentiasa menjadi rujukan mereka. Selain itu, pengasuh juga perlu memainkan peranan kerana selain ibu bapa pengasuh juga sentiasa bersama mereka. Tunjukkan sikap dan adab sopan yang baik untuk menjadi teladan. Anak kecil berusia dua hingga tiga tahun biasanya suka mengajuk perlakuan dan percakapan ibu bapa mereka.

2. BAHASA

Gunakan bahasa yang baik dan elakkan menggunakana perkataan yang negatif apa lagi memaki di depan anak-anak kecil ini.Paling mudah gunakan perkataan seperti dalam buku teks atau penggunaan ayat yang betul umpama dalam buku. Tidak salaRrasanya, jika mahukan bantuan si kecil dengan berkata ‘boleh tolong mama atau, sayang’.

3. ADAB TEMPAT MAKAN

download (5)

Cara paling mudah membentuk anak yang sopan mulakan dengan mengajar cara adab ketika makan. Ini kerana di tempat makanbanyak tingkah laku dan kelakuan yang boleh mendidik mereka menjadi seorang yang sopan dan beradab. Untuk orang Islam,mungkin boleh diajar membaca doa makan dan bersyukur selepas selesai makan.

Jangan main ketika makan

Selain itu, ajar cara membasuh tangan, menggunakan peralatan untuk menyuap makanan (camca dan garpu), menjaga makanan tidak tumpah, penggunaan piring, pinggan, cawan dan gelas. Selain itu, ajar adab tidak tidak boleh bercakap, menyanyi atau bermain ketika makan. Semua disiplin dalam adab makan mampu mendidik anak kecil untuk lebih sopan. Juga ajar mengucapkan terima kasih setiap kali meminta pertolongan untuk menghulurkan makanan atau peralatan seperti cawan, gelas, piring dan pinggan.

4. UCAP SELAMAT

images (3)

Tunjukkan sikap dan contoh yang baik ketika bertemu rakan mahu pun ahli keluarga yang lain. Bagi orang Islam, ucapkan Assalamualaikum ketika berselisih dengan rakan taulan mahu pun ahli keluarga. Ucapan seperti ‘Selamat pagi’, ‘Selamat malam’ juga adalah contoh terbaik. Beri pujian jika anak memulakan ucapan selamat. Ia juga cara atau penghargaan terhadap usaha yang dilakukan si kecil.

5. MENGAWAL TINGKAH LAKU

Ketika menghadiri sesuatu majlis seperti kenduri atau keramaian, kadang-kala kita terpaksa membawa anak yang masih kecil ini. Ada yang agak nakal dan tidak mahu ‘dikongkong’. Sebelum hadir ke majlis ini, ajarlah dan nasihatkan mereka dalam cara paling mudah supaya tidak ‘nakal’ sangat. Membawa mereka ke majlis keramaian ini secara positifnya adalah satu pendedahan kepada mereka untuk belajar bersosial.

6. MENGHORMATI KAWAN

images (4)

Kanak-kanak sudah pandai berkawan sebaik sahaja mereka memasuki alam pra-sekolah seperti TADIKA atau TASKA.


Beri Pujian Pada Anak

Penting juga pada peringkat ini untuk kita mendidik mereka cara menghormati kawan-kawan, bertanyakan siapa kawan-kawanbaiknya, memberi pujian pada anakkita sekiranya perlu dipuji dan juga kawan-kawannya untuk menjadikan berasa bangga dan dihargai. Dalam memberi pujian ini, selitkan pesanan dan nasihat supaya menghormati guru, jangan bergaduh dengan kawan, tidak nakal, mencuri atau perkara negatif lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s