Melur


download (2)

Melur dilahirkan di Kampung. Melur anak kedua daripada dua beradik. Dia juga mempunyai seorang abang. Melur seorang anak tauke jual ikan di pasar. Hidup keluarga Melur serba sederhana. Ibu bapanya berusaha untuk membangunkan ekonomi keluarga mereka yang serba kekurangan itu. Setiap hari ibu bapa Melur terpaksa bangun pagi untuk pergi ke pasar borong mengambil bekalan ikan di pasar. Begitulah rutin ibu bapa Melur setiap hari.

Melur dan abangnya terpaksa menaiki basikal ketika hendak pergi ke sekolah. Jarak sekolah Melur dari rumahnya kira-kira 18 kilometer. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa ditempuhi bersama abangnya. Mereka sampai ke sekolah agak lewat sehingga pintu pagar sekolah hendak tutup barulah mereka berdua datang. Pengawas sekolah kadang kala memberi amaran supaya tidak datang lewat di masa akan datang.

“Kenapa lambat.?”tanya pengawas sekolah kepada dua beradik itu.

“Errghh, hujan lebat.”balas abang Melur cuba mencari alasan.

“Hujan, mana ada hujan kat sini.!”tanya pengawas sekolah kepada abang Melur.

“Ehem, tempat kami hujan tadi.!”jawab Melur cuba mempertahankan abangnya.

“Ada-ada jelah korang dua orang ni. Lain kali jangan datang lewat lagi tau.”kata Ah peng kepada mereka berdua.

“Baik bos.”balas abang Melur ringkas. Dia membuat tabir hormat kepada Ah peng tanda terima kasih sambil tersenyum.

Mereka berdua dibenarkan masuk dan beredar dari situ tetapi keadaan sebegitu tidak boleh dielakkan oleh mereka. Hendak menaiki bas tiada wang saku diberi oleh ibu bapa mereka. Begitulah setiap hari rutin harian mereka berdua ke sekolah.

Suatu hari, guru telah masuk mengajar dan mengambil kedatangan murid tetapi dua beradik itu belum sampai ke sekolah. Rupa-rupanya mereka datang lewat ke sekolah pada hari tersebut kerana jalan sesak. Setiap hari ada saja laporan mengenai dua beradik itu datang lewat. Kerana marah dan geram dengan keadaan itu guru besar di sekolah mereka memanggil kedua adik beradik itu ke biliknya. Kedengaran di bilik guru besar itu guru-guru sedang mengajar di bilik darjah.

“Kenapa awak berdua ni selalu asyik datang lewat ke sekolah.?”tanya guru besar kepada kedua beradik itu.

Mereka berdua menundukkan kepala masing-masing tetapi tiada sebutir perkataan yang terkeluar dari mulut mereka.

“Eh, saya tanya awak berdua ni. Kenapa awak diam.?!”tanya guru besar seakan melenting kepada mereka berdua.

“Rumah kami jauh cikgu.”jawab abang Melur dengan nada yang gementar kepada guru besar sambil menundukkan kepala masing-masing. Guru besar itu tetap tidak puas hati dan memarahi mereka berdua sehingga dua beradik itu menangis. Alasan yang mereka beri tetap sama iaitu rumah mereka jauh.

“Oh, rumah jauh.Kenapa tak naik bas.?!”tanya guru besar bersahaja kepada mereka.

“Kami tak ada duit cikgu.”jawab Melur lemah kepada guru besar.

“Mak awak tak bagi duit belanja sekolah.?”tanya guru besar bersahaja dan ingin mengetahuinya lanjut.

“Bagi cikgu, tapi nanti kami tak dapat nak beli makanan waktu rehat.”jawab Melur dengan nada sedih dan masih tidak berani untuk mengangkat mukanya.

“Adakah itu alasan awak nak datang lambat!.”kata guru besar dengan nada tegas seakan tidak percaya dengan kata-kata mereka.

“Tapi cikgu apa yang kami cakapkan ini benar.”balas abang Melur mempertahankan kata-kata adiknya.

“Melur, awak seorang yang pintar tapi kenapa awak menunjukkan sikap begini kepada pihak sekolah.?!”kata guru besar dengan nada perlahan keepada Melur.

“Awak seorang yang bijak dan pelajaran awak sentiasa cemerlang. Awak juga sebagai abang oleh itu awak harus menunjukkan disiplin yang baik terutama adik awak dan murid-murid yang lain.!”kata guru besar seakan menasihati abang Melur.

“Tapi cikgu bukan kami suka-suka nak datang lewat ke sekolah.”balas Melur dengan nada lembut memberitahu guru dihadapannya.

“Sekiranya awak berdua didapati menipu, pihak sekolah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib keatas awak berdua.!”kata guru besar seakan memberi amaran kepada mereka berdua.

Mereka saling memandang antara satu sama lain seakan tidak percaya kata-kata itu boleh terpanjul dari guru besarnya. Selepas itu, guru besar menanyakan kepada mereka mengenai guru kelas masing-masing dan kemudian mereka dibenarkan beredar dari bilik guru besar itu.

“Siapa guru kelas awak berdua.?”tanya guru besar bersahaja kepada mereka berdua.

“Cikgu Asrai”jawab Melur seakan gementar memandang muka guru besar itu.

“Cikgu Erna.”jawab abang Melur selamba.

“Ah takpe, awak balik kelas dulu.!”kata guru besar dengan nada lembut.

“Terima kasih cikgu.”balas Mereka berdua. Mereka melangkah keluar dari bilik guru besar dan memasuki kelas masing-masing.

Pada hari itu juga guru besar memanggil guru kelas kedua-dua beradik itu untuk menyiasat bagaimana keadaan rumah mereka. Setelah pulang dari sekolah kedua-dua guru kelas mereka mengikuti dua beradik itu dari belakang dengan menaiki kereta. Perjalanan untuk sampai ke rumah mereka agak mengambil masa. Sampai di suatu simpang yang sempit dan lecak mereka memasuki ke dalamnya. Mujurlah kereta boleh memasukinya. Guru-guru kelas mereka berdua berjalan kaki pergi ke rumah mereka dan meletakkannya sedikit di tepi jalan kerana melihat keadaan struktur jalan begitu.

Setelah sampai di sebuah rumah, kedua beradik itu masuk ke dalamnya. Rumah itu seakan usang dan seperti sebuah pondok uzur. Guru-guru mereka seakan mengalirkan air mata melihat keadaan rumah anak muridnya begitu. Sebuah motorsikal seakan usang seperti motorsikal lama memasuki ke dalam kawasan rumah mereka tetapi guru-guru itu tetap hendak mengetahui siapa pemilik motorsikal itu. Dia terkejut sepasang suami isteri turun dari motorsikal itu. Mungkin ibu bapa mereka fikir guru-guru itu.

Guru-guru tersebut berjumpa dengan ibu bapa mereka kerana hendak mengetahui perkara sebenar dengan lebih lanjut. Guru-guru tersebut beramah mesra dan bertanya kepada ibu bapa mereka. Mendengarkan cerita itu, guru-guru tersebut berjanji kepada ibu bapa anak muridnya untuk memberi bantuan dan laporan mengenai kesusahan mereka kepada pihak sekolah. Guru-guru tersebut pulang semula ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar. Pada keesokkan harinya, pihak sekolah pergi ke rumah mereka dengan membawa bantuan.

=HAKCIPTA TERPELIHARA ANNYS SOPHELIA=

3 thoughts on “Melur

  1. Any offline changes will be cached until the next synchronization. If you’ve already got a great-looking blog, then you’re half way to creating a good impression; with great headlines you can totally wow your visitors.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s