Safron Rangsang Minda


HERBA PALING MAHAL DI DUNIA, BANYAK KHASIAT PERUBATANNYA.Herba Za’fran atau lebih dikenali dengan nama Safran menjadi herba paling mahal di dunia yang dijual pada harga 1 gram RM 38,000 sekilogram. Herba ini mempunyai nilai khasiat dan komersial yang tinggi.Safran sejenis tumbuhan daripada keluarga Iridacea.Herba ini diperoleh daripada  stigma kering bunga spesies crocuc sativus.Bunga ini mempunyai tiga kelopak bunga dan daun berwarna ungu. Terdapat tiga stigma pada sekuntum bunga.

Untuk mendapatkannya, bunga safron dituai mengggunakan tangan, sebab itulah ia berharga dan mahal.Bagi mendapatkan satu anus filamen safron, sebanyak 75,000 bunga diperlukan bagi bagi menghasilkannya.Ini sangat menarik diketahui, hanya lima hingga tujuh kilogram safron kering diperolehi daripada satu hektar tanah.

download (5)

BANYAK DI PARSI

Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Barat dan paling banyak ditemui di Parsi.Spesies crocus pula ditanam zaman Eropah silam.Dikatakan orang Monggol membawanya dari Parsi ke India.

Herba safron juga dan dicatatkan dalam perubatan Ayurveda sejak ribuan tahun.Dikenali sebagai kumakuma,lebih daripada 20 ubat-ubatan Ayurveda memiliki bahan safron di dalamnya.

Kandungan utama dalam safron adalah minyak asas. Beberapa terpene aldehyd juga ditemui,termasuk terpene (pinene, cineol).Rasa pahit yang terkandung dalam safron pula adalah daripada picrocin manakala warnanya yang kuat adalah disebabkan kandungan karotenoid.

Herba ini juga dikatakan tinggi dengan kandungan thiamine dan riboflavin. Disebabkan bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat,hanya sedikit saja diperlukan untuk tujuan tertentu.

RAMUAN RAWAT PENYAKIT

Untuk tujuan perubatan,safron memang tidak dipertikaikan lagi.Sejak beribu tahun,herba mahal ini digunakan oleh pengamal perubatan sebagai ramuan ubatan dalam merawat penyakit.

Safron berguna sebagai ubat sakit perut,membantu percernaan dan meningkatkan selera makan.Selain itu, herba ini juga dikatakan melegakan tekanan dan kolik (kembung disebabkan angin).

Safron dikatakan diambil wanita yang mengalami masalah haid tidak menentu serta mahu hamil.Selain itu, ia juga dikatakan mampu menambahkan tenaga zahir dan batin.

Bagi ibu mengandung safron mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandugan.Ujian klinikal mengesahkan ekstrak safron mempunyai nilai perubatan.Safron berpotensi menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, melegakan kelesuan dan keletihan,melancarkan sistem pernafasan, menguatkan jantung dan sistem saraf.

KEKAL AWET MUDA

Pada zaman silam, penggunaan safron terhad kepada wanita golongan bangssanwan serta saudagar.Namun,pada masa kini, semua golongan menggunakannya.Malah,mereka yang mempunyai wang, menggunakan alat kecantikan menggunakan alat solek mahupun produk kecantikan menggunakana safron sebagai bahan utama ramuannya.

Selain kemampuannya merawat jearawat atau penyakit kulit dengan berkesan,penggunaan safron juga boleh mengekalkan awet muda.

Khasiat lain termasuk merngsang minda dan pertumbuhan sel otak manusia.Sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana mampu merangsang pertumbuhan akal dan fizikal mereka. Bagi mendapatkan khasiat ini, safron dimakan bersama madu asli.

Khasiat Safron

  • Membantu meningkatkan proses penghadaman
  • Membantu merawat Parkinson dan nyanyuk
  • Membantu menangani masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim selepas melahirkan
  • Membantu menangani kemurungan

3 thoughts on “Safron Rangsang Minda

  1. Hello my name is Cameron and I just wanted to send you a quick note here instead of calling you. I came to your Safron Rangsang Minda – ANNYS SOPHELIA website and noticed you could have a lot more visitors. I have found that the key to running a successful website is making sure the visitors you are getting are interested in your subject matter. There is a company that you can get keyword targeted traffic from and they let you try the service for free for 7 days. I managed to get over 300 targeted visitors to day to my site. http://trck.be/1Sc

  2. I discovered your Safron Rangsang Minda | ANNYS SOPHELIA page and noticed you could have a lot more traffic. I have found that the key to running a website is making sure the visitors you are getting are interested in your subject matter. We can send you targeted traffic and we let you try it for free. Get over 1,000 targeted visitors per day to your website. Check it out here: http://trucri.me/u5za1 Unsubscribe here: http://www.arvut.org/1/eCV

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s