Surah An-Nisaa’


Surah An-Nisaa’ – (Perempuan) سورة النساء – mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa’ kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa’ dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Al Kubraa (surah An Nisaa’ yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Ash Shughraa (surah An Nisaa’ yang kecil).

Isi Kandungan:

1. Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan.

2. Hukum-hukum: Kewajipan para wali; hukum poligami; mas kahwin; memakan harta anak yatim dan orang-orang yang tak dapat mengurus hartanya; hukum warisan; perbuatan-perbuatan keji dan hukumannya, wanita-wanita yang haram dikahwini; hukum-hukum mengahwini budak perempuan; larangan memakan harta secara batil; hukum syiqaq dan nusyuq; kesucian lahir batin dalam sembahyang; hukum suaka; hukum membunuh seorang Islam; solat khauf; larangan melontarkan ucapan-ucapan buruk; masalah pusaka kalalah.

3. Kisah-kisah: Kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya.

4. Dan lain-lain: Asal manusia adalah satu; keharusan menjauhi adb-adab pada zaman jahiliyah dalam perlakuan mereka terhadap wanita; adab bergaul dengan isteri; hak seseorang sesuai dengan kewajipannya; perlakuan ahli kitab terhadap kitab-kitab yang diturunkan kepadanya; dasar-dasar pemerintahan; cara mengadili perkara; keharusan membuat penyiapan terhadap musuh; sikap-sikap orang munafik dalam menghadapi peperangan; berperang di jalan Alllah adalah kewajipan setiap mukallaf; adab dalam peperangan; cara menghadapi orang-orang munafik; darjat orang-orang yang berjihad.

 

Sebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
•Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
•Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
•Syahadah • Solat • Puasa
•Zakat • Haji
Kota Suci
•Makkah • Madinah
•Baitulmuqaddis
Hari Raya
•Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
•Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
•Ahli Sunah Waljamaah
•Hanafi • Syafie
•Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
•Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s