Apa Itu Penyakit SLE?


Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE). 

Jenis-jenis Lupus :

Discoid Lupus Erythematous (DLE)

  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Statistik

  • Lebih kurang 90% penghidap penyakit SLE adalah wanita sementara 10% penghidap penyakit SLE adalah lelaki dan kanak-kanak.
  • Lebih kurang 90% wanita yang menghidap penyakit SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
  • Ratioyangmengalamipenyakit SLE :
    • Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
    • Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
    • Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
    • Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan dengan penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap penyakit SLE yang belum disahkan.
Antara tanda dan gejala yang dikaitkan dengan penyakit SLE ialah:
  • ruam-ruam pada kulit muka dan badan
  • kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
  • ulser pada mulut
  • keguguran rambut
  • sakit dan radang pada sendi
  • demam yang berlarutan
  • rasa letih-lesu
  • sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy)
  • vasculitis (radang pada saluran darah).

images4images2

Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit penyakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, penghidap penyakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang.

Penyakit ini boleh membawa maut kerana penyakit SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.

Jika anda, saudara mara dan kenalan anda ada mengidap SLE, saya cadangkan untuk ikhtiar ambil makanan tambahan dari Shaklee iaitu, Vivix Shaklee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s