Peserta Tunisia dinobatkan Ratu Cantik Muslimah


IMG-20141123-WA0000

Asalammualaikum,kalau sudah cantik apa dipakai semuanya pandang nampaklah cantik.Dari Timur Tengah ke Jakarta.Keunikan dan kecantikannya memang tiada tandingannya.Apatah lagi Jakarta sememangnya tempat pelancongan.

Pertama kali saya mendengar dan membaca seorang peserta dari Tunisia dinobatkan sebagai Ratu Cantik Muslimah. Fatma Ben Guenfrache dari Tunisia itu bertanding di Yogyakarta. Fatma seorang pakar komputer, menewaskan 17 finalis lain sekali gus melayakkannya menerima hadiah seutas jam tangan emas,sekeping dinar emas dan pakaej umrah ke Mekah.

Ketika diberi peluang berucap bagi menyatakan perasaannya menang dalam pertandingan itu,Fatma berharap Palestin dan syria dapat bebas daripada belenggu peperangan.Kata wanita yang berusia 25 tahun itu sambil menangis.

Fatma dalam video promosi tentang dirinya di Youtube menyatakan bahawa dia gemar berzikir dan membaca al-Quran.Dalam video itu juga wanita tersebut memegang bendera Palestin bersama kapsyen gambar, ‘Katakan tidak kepada penjajahan‘.

Peserta Ratu Cantik  Muslimah bukan sahaja dikehendaki memakai tudung dan diadili dari segi penampilan, malah kelancaran membaca Al-Quran serta pandangan mereka tentang Islam di dunia moden turut diambil kira.

Pertandingan itu mula menarik perhatian global tahun lalu selepas pihak penganjur mengadakan acara berkenaan sebagai bantahan secara aman kepada pertandingan Ratu Cantik Dunia yang dilangsungkan di tempat dan masa yang sama di pulau peranginan di Bali.

Cantik bukan sahaja dalaman tetapi luaran juga mesti cantik..sikap dan tutur bicara kita juga mengambarkan siapa diri kita,malahan perwatakan kita mengambarkan sikap kita bagaimana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s