Bersumur Di Tepi Rawa


download

Awan menangis kesepian, tidak menampakkan dirinya yang terang. Mentari yang selama ini bercahaya kini dilindungi awan kumulus bersama air. Yang hanya kedengaran adalah rintihan hujan. Waktu silih berganti, seindah apa pun masa lalu tidak akan kembali lagi meski pun waktu berubah mengikut peredarannya; kerana yang tercipta sebuah kenangan yang tidak luput dalam ingat, namun boleh memaafkan seseorang kerana kesilapannya tetapi bukan melupakannya; kerana adanya hujan tercipta sebuah pelangi yang indah. Nor terlihat surat yang terletak di atas pianonya. Dia mengambil surat itu kemudian membaca surat tersebut.

Dear,

       Allah S.W.T listens and already knows what is in your heart, but He wants you to ask Him for what you want.

Dia hanya mengukir senyum tatkala selesai membaca surat itu. Tiba-tiba, ada seseorang yang mengejutkannya dari belakang.

“Wei,kau buat apa tu.?”tanya Liza sendiri seakan-akan memeluk tubuhnya sambil mengambil surat di tangan Nor.

“Woi, marilah sini surat tu.!”kata Nor meninggi sedikit kepada Liza.

“Jap ekk…”balas Liza sambil membuka surat Nor yang sedang berdiri di atas kusyen ruangtamu.

“Wei Liza, surat aku tu. Baklah sini.!” kata Nor yang berdiri bersebelahan dengan Liza di atas kusyen tersebut.

Liza menghalang Nor mengambil surat tersebut dan terus membacanya. “Dear, Allah S.W.T  listens and already knows what is in your heart…“baca Liza tetapi dia tidak dapat meneruskan bacaannya kerana Nor telah merampas surat itu daripada Liza.

“Wei Nor, sape bagi surat tu.?”tanya Liza kepada Nor.

“Aku pun tak tahu sape yang bagi.”jawab Nor kepada Liza.

“Habis, kalau kau tak tahu macamana boleh ada dekat kau.?”tanya Liza ingin kepastian.

“Aku tengok surat tu ada atas piano, aku bukalah tengok.”jawab Nor selamba.

“Habis siapa pemilik surat tu.?”tanya Liza ingin kepastian lagi.

“Tak ada tulis nama pun.”jawab Nor kepada Liza.

“Wei Nor, kau tahu tak surat sape yang kau buka tu.?”tanya Liza.

“Surat sape.?”tanya Nor ingin tahu.

“Semalam ada seorang mamat ni datang kat rumah. Aku tak tahulah sape mamat tu. Muka pun tak nampak sebab dia pakai helmet. Mamat tu suruh aku bagi dekat Intan kau tahu. So, aku letak dekat atas piano tu.”cerita Liza kepada Nor sambil berdiri di hadapan tangga rumah mereka.

“Nahlah wei surat ni. Astafiruallah al-azim,aku dah buka surat orang tanpa izin.”kata Nor kepada Liza sambil memberi surat itu kepada Liza.

“Nasib baik Intan tak ada kat rumah tau. Kalau dia ada kena sambar petirlah kau dengan dia.”balas Liza seakan menakutkan Nor.

“Yang kali jangan pandai-pandai buka surat orang. Tanya dulu surat sape.!”kata Liza menjeling ke arah Nor sambil memukulnya dengan surat tersebut lalu pergi meninggalkannya.

Mentari seakan-akan menutupi tirai malam perlahan-lahan. Kedengaran suara azan berkumandang di masjid menandakan waktu magrib. Nor, Intan dan Liza pergi ke masjid berdekatan dengan rumah mereka; kemudian mereka mengambil wuduk di masjid tersebut.

Selesai azan berkumandang, jemaah di masjid menunaikan solat fardu magrib kemudian mereka mendengar ceramah dan selepas itu, mereka menunaikan fardu isyak. Setelah selesai, semua jemaah pulang.

“Asalammualaikum, Nor awak dah baca surat yang saya bagi kat awak.?”tanya lelaki itu seakan segan ingin bertanya.

“Walaikummusalam, awak ada bagi surat dekat saya ke.?”tanya Nor kembali sambil memandag rakan-rakannya.

“Ada, saya kirim dekat kawan awak tapi saya tak letak nama pun sebab saya segan.”jawab lelaki itu.

“Oh, yang mutiara kata tu ke.?”tanya Nor sekali lagi.

“Ya, mutiara kata tu.”jawab lelaki itu tidak dapat menghabiskan percakapannya.

Liza memberikan isyarat mata kepada Intan.  “Okeylah, kami balik dulu nanti jumpa lagi.”kata Liza ringkas sambil memegang tangan Nor.

“Okey nanti kami jumpa lagi dah malam.”sambung Intan sambil memegang tangan Nor.

“Asalammualaikum…”kata lelaki itu ringkas.

“Walaikummusalam…”balas mereka bertiga serentak. Mereka bertiga berjalan meninggalkan masjid itu.

Sampai di rumah mereka, ada sejambak bunga lili di hadapan pintu masuk di rumah mereka. “Bunga, sape  pula yang bagi malam-malam macam ni.?”tanya Intan sendiri.

“Wei, Liza kau kata yang surat tu Intan punya.?!”tanya Nor tidak puas hati.

“Aku pun ingat-ingat lupalah surat tu.”jawab Liza seakan mengelak matanya bertentang dengan Nor.

Nor berlalu pergi dari situ, Liza pula memeluk tubuh. “Now the game starts.“kata Liza sambil mengangkat keningnya.

Nor mendekati bunga tersebut dan kelihatan sebuah kad ada di dalam jambangan bunga itu.

Liza menutup pagar rumah manakala Nor membuka mangga pagar di halaman dan membuka pintu kunci rumah kemudian menutup pintu tersebut perlahan-lahan .

Mereka duduk di kusyen ruangtamu untuk melepaskan letih tatkala berjalan daripada masjid. Intan melihat kad tersebut dan mencari-cari nama pengirimnya.

“Siapa pula yang bagi kali ni.?”tanya Nor sendiri.

“Tulah Nor ramai sangat peminat, sampai dia letak kat depan pintu rumah.”kata Liza sendiri.

“Wei, kau ada kunci pagar tak tadi masa pergi masjid.?”tanya Nor kepda kedua rakannya itu.

“Ada…”jawab kedua rakannya itu.

“Tapi takkan dia panjat pagar pula.”fikir Nor sendiri.

Tiba-tiba Intan bersuara. “wei, korang dengar ni aku baca.”kata Intan kepada kedua rakannya itu.

“Jap ekk. Aku akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk kerana kata tak terungkap.”sambung Intan lagi.

Kerana kata tak terungkap

Kerana kata tak dapat kutemukan    

 kata yang paling sepi    

kutelantarkan hati sendiri.

Kerana tak dapat kuucapkan

kata yang paling rindu

kubiarkan hasrat terbelenggu.

Kerana tak dapat diungkapkan

dengan kata-kata kerana

lidah kelu untuk berkata-kata

kata yang paling cinta

ku pasrahkan saja dalam doa.

“Woo…”mereka bersorak gembira dan bertepuk tangan.

“Sape yang bagi bunga dengan kad ni.?”tanya Liza kepada kedua rakannya.

“Tak tahu.”jawab kedua rakannya lagi saling memandang antara satu sama lain.

Beberapa hari kemudian; “Liza, nanti dulu. Aku nak cakap sikit ni.?”kata Nor memegang tangan Liza di tangga rumahnya.

“Tepilah aku nak naik atas.!”kata Liza berkeras dengan Nor dan tanpa sengaja Liza tertolak badan Nor ke dinding.

Nor menahan kesakitan. Namun, Nor tidak berputus asa untuk memujuk Liza. Tanpa sengaja Liza tertolak badan Nor ke belakang dan dia terjatuh dari tangga rumahnya.

“Sakit ke…”kata Liza ringkas kepada Nor.

“Ha…ha…ha…”sambung Liza hanya ketawa melihat rakan serumahnya jatuh kemudian dia menghampiri Nor yang lemah tidak berdaya.

 “Aku dah cakap dah dengan kau. Tapi kau degil nak mampus dengan aku.”sambung Liza sambil menarik rambut Nor ke belakang.

“Auchhh.”kata Nor menahan sakit.

Tanpa rasa simpati dan belas kasihan. Liza mengheret Nor dari tangga tengah sehingga ke bawah dengan memegang kolar baju di belakangnya. Dia terbaring di lantai menahan kesakitan. Kaki Liza menyepak sedikit badan Nor.

“Hey, perempuan bangun.!”kata Liza sedikit keras suaranya. Nor gagah diri cuba untuk bangun tetapi dia hanya berdiri beralaskan lututnya sahaja.

“Aduh, tolonglah Liza jangan buat aku macam ni.!”kata Nor menahan sakit dan mukanya tertunduk di lantai.

Liza duduk bertenggong menghadap Nor. Dia membelai muka Nor dengan kuku dengan lembut. “Aku dah kata aku tak suka. Yang kau paksa aku tu kenapa.?!”kata Liza lembut sambil mencengkam muka Nor dan mendongakkan mukanya sedikit.

“Aku tak sangkalah Liza selama ni aku ingat kita kawan. Rupanya kau musuh dalam selimut. Aku ingat kita kawan tapi tak.Sangkaan aku salah selama ni.”balas Nor memandang Liza tepat ke wajahnya.

“Hey, perempuan apa yang kau membebel ni.!”kata Liza meninggi sedikit suaranya.

“Untuk apa kau kawan dengan aku.?”tanya Nor ingin tahu.

“Sebab aku jealous tengok kau. Apa yang kau nak semua dapat sebab tu aku buat macam ni.”jawab Liza.

“Ya Allah, sebab itu je kau jealous dengan aku.”kata Nor seakan tidak percaya.

Sekumpulan lelaki berbadan sasa dan menaiki sebuah van mengetuk pintu rumah mereka. Liza membuka pintu itu, dua orang lelaki masuk ke dalam rumah dan seorang lagi menunggu di dalam van.

“Tepat pada masanya. Jangan buang masa, ikat tangan dia.!”kata Liza kepada mereka berdua. Mereka mengikat tangan Nor dua belah ke belakang badannya.

“Liza kau nak buat apa dengan aku ni.?”tanya Nor ingin kepastian.

“Kau jangan banyak tanyalah perempuan.!”jawab Liza dengan kasar.

“Kalau aku tak tanya aku tak tahu.”kata Nor tidak berputus asa untuk bertanya.

“Kalau kau nak selamat baik kau diam.”ugut Liza kepada Nor. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda setuju.

“Hey, boys tutup mulut dia.!”kata Liza memberi arahan kepada dua orang lelaki itu.

“Tutup muka dia sekali dengan karung.”sambung Liza lagi. Mereka semua pergi ke dalam van tersebut.

“Pantas…pantas…kita dah tak ada masa ni.”kata Liza memberi arahan kepada mereka.

Van tersebut meluncur laju meninggalkan rumah mereka. Sampai di suatu tempat seperti sebuah gudang, mereka semua turun dari van tersebut.

Peringatan : Cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jika ada terdapat nama watak atau seumpama dengannya itu hanya secara kebetulan sahaja.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s