Bersumur Di Tepi Rawa


download

Awan menangis kesepian, tidak menampakkan dirinya yang terang. Mentari yang selama ini bercahaya kini dilindungi awan kumulus bersama air. Yang hanya kedengaran adalah rintihan hujan. Waktu silih berganti, seindah apa pun masa lalu tidak akan kembali lagi meski pun waktu berubah mengikut peredarannya; kerana yang tercipta sebuah kenangan yang tidak luput dalam ingat, namun boleh memaafkan seseorang kerana kesilapannya tetapi bukan melupakannya; kerana adanya hujan tercipta sebuah pelangi yang indah. Nor terlihat surat yang terletak di atas pianonya. Dia mengambil surat itu kemudian membaca surat tersebut.

Dear,

       Allah S.W.T listens and already knows what is in your heart, but He wants you to ask Him for what you want.

Dia hanya mengukir senyum tatkala selesai membaca surat itu. Tiba-tiba, ada seseorang yang mengejutkannya dari belakang.

Continue reading

Melur


download (2)

Melur dilahirkan di Kampung. Melur anak kedua daripada dua beradik. Dia juga mempunyai seorang abang. Melur seorang anak tauke jual ikan di pasar. Hidup keluarga Melur serba sederhana. Ibu bapanya berusaha untuk membangunkan ekonomi keluarga mereka yang serba kekurangan itu. Setiap hari ibu bapa Melur terpaksa bangun pagi untuk pergi ke pasar borong mengambil bekalan ikan di pasar. Begitulah rutin ibu bapa Melur setiap hari.

Melur dan abangnya terpaksa menaiki basikal ketika hendak pergi ke sekolah. Jarak sekolah Melur dari rumahnya kira-kira 18 kilometer. Pelbagai halangan dan cabaran terpaksa ditempuhi bersama abangnya. Mereka sampai ke sekolah agak lewat sehingga pintu pagar sekolah hendak tutup barulah mereka berdua datang. Pengawas sekolah kadang kala memberi amaran supaya tidak datang lewat di masa akan datang.

“Kenapa lambat.?”tanya pengawas sekolah kepada dua beradik itu.

“Errghh, hujan lebat.”balas abang Melur cuba mencari alasan.

“Hujan, mana ada hujan kat sini.!”tanya pengawas sekolah kepada abang Melur. Continue reading

Aku Sebuah Beg Tangan


Aku dilahirkan di kilang beg tangan. Aku juga dikeluarkan di kilang yang membuatku pelbagai jenama beg. Itulah pertama kali aku melihat dunia yang penuh pacaroba.Banyak halangan yang kuterima semasa aku di keluarkan. Rintangan itu ditempuhi dengan tangan yang terbuka untuk aku mengenal dunia sebenar kelak.

Selepas aku dilahirkan aku telah dibawa oleh sebuah lori yang membawa aku dan rakan-rakanku ke suatu tempat yang aku sendiri tidak pasti. Rupa-rupanya dia ingin membawa aku ke sebuah tempat yang menjual beg tangan berjenama. Aku berasa bersyukur kerana terlepas dari seksaan kerana aku boleh melihat duniaku sendiri.

Continue reading