Kenapa bayi Tidak Boleh Makan Sebelum Usia 6 Bulan???


Image

 

1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza.)

2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang

Seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah anda menyayangi anak dan masa depannya.

3. Masalah Dalam Penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikir2kanlah tentang masa depan anak2 kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing bayi laki2 di bawah usia 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. Sayangilah masa depan anak2 kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak2 kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

 TANDA2 BABY SUDAH BERSEDIA DIBERI SOLID FOODS IALAH:

1. Baby sudah boleh DUDUK – Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby…so, kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dengan cara baring. Bahaya!!! sebab takut tersedak.

2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA – Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dengan makanan pejal (bukan makanan pelengkap) yang bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jangan memaksa baby untuk makan sebab baby belum betul bersedia.

Pesanan:

Kalau boleh janganlah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye…sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. Yang paling penting… beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. Beras perang juga amat bagus untuk baby.  

Pneumonia – Pengertian, Gejala, Penyebab, dan Pengubatan


Pneumonia adalah istilah medik yang menggambarkan sebuah penyakit pada paru-paru yang terjadi ringan hingga serius dan mengancam nyawa. Pneumonia paling serius jika terjadi pada bayi dan anak-anak, orang tua diatas usia 65 tahun, dan orang-orang dengan masalah kesihatan yang mendasarinya atau sistem kekebalan tubuh yang lemah.

Ilustrasi pneumonia atau paru-paru basah

Ilustrasi pneumonia atau paru-paru basah

Pengertian Pneumonia Ditinjau dari definisi, Pneumonia adalah jangkitan atau peradangan pada salah satu atau kedua paru-paru, lebih tepatnya peradangan itu terjadi pada kantung udara (alveolus, jamak: alveoli). Kantung udara akan terisi cairan atau nanah, sehingga menyebabkan sesak nafas, batuk berdahak, demam, menggigil, dan kesulitan bernapas. Jangkitan tersebut disebabkan oleh berbagai organisme, termasuk bakteria, virus dan fungi. Ilustrasi pneumonia atau paru-paru basah Gejala Pneumonia Tanda-tanda dan gejala pneumonia bervariasi mulai dari yang ringan hingga yang berat, tergantung pada faktor-faktor seperti jenis kuman penyebab, usia penderita dan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Tanda-tanda dan gejala pneumonia yang ringan sering kali sama dengan flu atau common cold (sakit demam, batuk-selsema), namun tak kunjung sembuh atau bertahan lama. Ciri-ciri dan gejala pneumonia antara lain: Demam, berpeluh dan menggigil, suhu tubuh lebih rendah dari normal pada orang di atas usia 65 tahun, dan pada orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah batuk berdahak tebal dan kentel (lengket) sakit dada saat bernafas dalam atau ketika batuk sesak nafas (nafas cepat) keletihan dan kesakitan otot, Mual, muntah atau cirit-birit, sakit kepala penyebab pneumonia. Ada banyak kemungkinan penyebab pneumonia, yang paling sering adalah kerana jangkitan bakteria dan virus dari udara yang kita hirup. Klasifikasi Pneumonia didasarkan pada jenis kuman penyebabnya itu, dan di mana seseorang mendapatkannya. Berikut penyebab pneumonia berserta klasifikasinya: Community-acquired pneumonia Pneumonia komuniti ini adalah jenis pneumonia yang terbanyak. Terjadi di tengah-tengah masyarakat ertinya di luar rumah sakit dan kemudahan perkhidmatan kesihatan lainnya, jenis pneumonia ini disebabkan oleh: Virus, termasuk beberapa jenis virus yang juga menyebabkan hingusan dan flu. Virus adalah penyebab pneumonia pada anak yang paling sering terjadi yakni di bawah usia 2 tahun. Viral pneumonia biasanya ringan. Akan tetapi radang paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza tertentu dapat menyebabkan sindrom pernafasan akut (SARS), boleh menjadi sangat serius. Bakteria, seperti Streptococcus pneumoniae dapat terjadi dengan sendirinya (secara langsung) atau setelah mengalami flu atau batuk -selesema sebagai komplikasinya. Bakteria lain, seperti Mycoplasma pneumoniae, biasanya menimbulkan gejala pneumonia yang lebih ringan dibanding jenis lainnya. Fungi biasanya dapat ditemukan di tanah dan kotoran burung. Ini merupakan jenis pneumonia yang paling sering terjadi pada orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah seperti HIV-AIDS dan pada orang yang telah menghirup organisme penyebab dalam jumlah yang besar. Hospital-acquired pneumonia Pneumonia yang didapat di rumah sakit adalah jangkitan bakteria yang terjadi pada orang yang selama 48 jam atau lebih dirawat di rumah sakit kerana penyakit lainnya. Pneumonia ini boleh lebih serius kerana biasanya bakteria penyebab lebih resisten (kebal) terhadap antibiotik. Health care-acquired pneumonia. Perawatan kesihatan pneumonia adalah jangkitan bakteria yang terjadi pada orang-orang yang tinggal di kemudahan perawatan jangka panjang atau telah dirawat di klinik rawat jalan, termasuk pusat-pusat dialisis ginjal. Seperti didapat di rumah sakit pneumonia. Pneumonia aspirasi terjadi ketika seseorang menghirup makanan, minuman, muntahan atau air liur masuk ke dalam paru-paru. Pengubatan pneumonia, pengubatan utama pneumonia bergantung pada jenis pneumonianya (penyebab) dan tingkat keparahannya, sehingga ada yang hanya perlu pesakit luar, namun beberapa perlu perawatan pesakit luar di rumah sakit atau klinik. Mengubati Pneumonia yang disebabkan jangkitan bakteria antibiotik digunakan untuk mengubati jenis pneumonia ini. Antibiotik harus diberikan dengan bimbingan. Jika antibiotik berhenti sebelum pengubatan selesai, pneumonia dapat berulang kembali. Kebanyakan pesakit akan membaik setelah 1-3 hari pengubatan. Mengubati Pneumonia yang disebabkan jangkitan virus Antibiotik tidak berguna jika virus adalah penyebab pneumonia. Namun, ubat antivirus dapat membantu mengatasi keadaan tersebut. Gejala biasanya membaik dalam waktu satu sampai tiga minggu. Pencegahan Pneumonia Untungnya pneumonia ini dapat dicegah iaitu dengan vaksinasi terhadap bakteria penyebab pneumonia dan vaksin influenza. Hal ini penting bagi mereka yang berisiko tinggi seperti orang yang diabetes, asma, dan masalah kesihatan lainnya yang parah atau kronik. Di samping itu juga, harus menjaga kebersihan dengan rajin cuci tangan, tidak merokok, serta istirehat yang cukup dan diet sihat untuk  menjaga daya tahan tubuh.

Apa Itu Penyakit SLE?


Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Continue reading

Apa itu tekanan darah tinggi?


images (2)

Saat jantung memompakan darah, jumlah tenaga darah yang ditekan terhadap dinding arteri disebut “tekanan darah”. Tekanan Darah Tinggi yang dikenal pula dengan hipertensi terjadi ketika tekanan darah terus menerus tinggi dan bertahan selama satu waktu. Dengan aliran darah yang tetap tinggi, dinding arteri meregang melewati batas sehatnya. Semakin banyak tenaga yang digunakan untuk memompa darah ke seluruh tubuh, semakin banyak arteri yang meregang. Dalam jangka panjang, banyak masalah yang akan timbul bersamaan dengan tekanan darah tinggi. Meregangnya arteri secara terus menerus dapat menyebabkan pecahnya pembuluh darah yang bisa menyebabkan stroke atau aneurisme.

Continue reading

Penyusuan Susu Ibu


Susu ibu adalah susu yang terbaik.Kenapa ia dikatakan terbaik kerana ia adalah anugerah yang paling berharga dianugerahkan kepada seorang wanita yang bergelar ibu.

Susu ibu adalah yang paling murah kerana tidak perlu dibeli dan tidak susah menyediakannya dan senang untuk diberi dan dimana jua.Susu yang telah tersedia ini mengandungi semua jenis zat dan vitamin yang diperlukan oleh seorang bayi.

Continue reading

Safron Rangsang Minda


HERBA PALING MAHAL DI DUNIA, BANYAK KHASIAT PERUBATANNYA.Herba Za’fran atau lebih dikenali dengan nama Safran menjadi herba paling mahal di dunia yang dijual pada harga 1 gram RM 38,000 sekilogram. Herba ini mempunyai nilai khasiat dan komersial yang tinggi.Safran sejenis tumbuhan daripada keluarga Iridacea.Herba ini diperoleh daripada  stigma kering bunga spesies crocuc sativus.Bunga ini mempunyai tiga kelopak bunga dan daun berwarna ungu. Terdapat tiga stigma pada sekuntum bunga.

Continue reading

Diet VS Senaman


download (1)

>> Mengurus gaya hidup sihat

Dua faktor utama dalam usaha mengurangkan berat badan adalah diet dan senaman.Tetapi bolehkah peranan ini hanya dengan menggunakan salah satu faktor ini?

Ramai orang suka memilih laluan mudah yang mereka percaya iaitu diet.Tetapi apabila anda melihat betapa lemahnya statistik untuk jangka panjang penurunan berat badan melalui diet saja, anda perlu mempertimbangkan gabungan kedua-duanya.

 

Continue reading