Riwayat Hidup Imam Abu Hanifah


Biografi Imam Abu Hanifah kisah perjalanan dan pelajaran hidup sang pengusung kebebasan berpikir

Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت) dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama Anbar di Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.

Pendidikan

Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. termasuklah Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu hadis selain mahir dalam bidang sastera. Beliau pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah gurunya itu meninggal dunia.

Sumbangan

Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam Islam kerana menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila sesuatu hukum tidak terdapat di dalam al-Quran. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau, beliau berjaya menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta pusaka) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya yang menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dalam ibadat.

Sumbangan Al-Mas’udi dalam bidang Geografi dan pelayaran


 

PENDAHULUAN

  1. Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu Hasan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi
  2. Merupakan seorang tokoh pelayar yang berasal dari Iraq
  3. Dilahirkan pada 895M di Baghdad, Iraq, dan meninggal dunia pada tahun 956M di Fustat
  4. Al-Mas’udi memulakan pelayaran lebih awal berbanding Ibnu Batutah, iaitu di antara tahun 914 hingga 915M
  5. Pelayaran awal beliau ialah menuju kearah Parsi, dan pernah samapai ke India, China, Indochina, Madagascar, Zanzibar dan Oman

ISI-ISI PENTING

 

  1. Menghasilkan ensiklopedia geografi
  • ·          Karya beliau, Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir dianggap sebagai ensiklopedia geografi yang terawal
  • ·          Menggabungkan ilmu geografi dan disiplin sejarah agar menjadi lebih menarik
  • ·          Menghurai dan menggambarkan keadaan gempa bumi, perairan Laut Mati dan sebagainya

Continue reading

Riwayat Hidup Imam Syafie


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara, diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya. Continue reading

Ilmu penyeri hidup


Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu
Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu ke Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya, Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Continue reading