Nakhoda Kapal


Dalam fajar menyinsing

di ufuk timur,

kita berjalan seiring,

mencari setiap penjuru,

seperti nakhoda kapal

untuk menimba ilmu.

 

Pengalaman hari ini

mengajar kita erti kedewasaan,

yang tidak mengenal erti jemu

dan putus asa,

sebuah impian dan harapan,

tidak kenal erti kepenatan.

 

Hari ini adalah untuk

melakar sejarah kecemerlangan diri,

lupakan dendam lama untuk

mulakan lembaran baru,

kejayaan menunggu kita di hadapan.

Cinta


kawen_thumbsekiranya kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
tetapi kita sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang
yang mencintai orang yang kita cintai.
 Continue reading