Menghayati Bulan Nuzul Al-Quran


Makna nuzul Al-Quran diambil sempena turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. Turunnya ayat al-quran itu secara berperingkat-peringkat dan ianya lengkap seperti Al-Quran hari ini yang kita semua baca.

Perlu diingatkan dalam bulan ramadhan untuk membaca Al-Quran. Bagus juga untuk tadarus Al-Quran, kalau boleh tadabbur sepanjang usia. Baca Al-Quran 5 ayat sekali sehari.

Menurut Ustaz Abdullah, “ada seorang pelajar saya yang dulunya dia minum air haram tetapi dia telah tadabbur, setelah dia tadabbur dia tidak boleh mencium bau air haram itu lagi.”  Sungguh hebat mukjizat Al-Quran.

Melahirkan Rasa Cinta Dengan Al-Quran

Untuk melahirkan rasa cinta dengan Al-Quran adalah dengan menghayati Al-Quran. Ia adalah penawar bagi hati sedangkan ia merupakan juzuk-juzuk yang penting dalam diri manusia yang mengawal anggota badan dan refleksi diri bermula dari Al-Quran.

Jika lebih baik lagi untuk tadabbur. Seorang hamba hendaklah menjaga ibadah-ibadah wajib kerana ia adalah kunci untuk menuju Allah S.W.T. Contohnya, rumah yang berpenghuni, jika dia tidak ada kunci penghuninya tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut. Buatlah kunci spare sekali pun, kalau bukan kunci rumah tu pasti tidak dapat masuk kecuali ‘masterkey’.

Amalan Yang Paling Utama

Dalam rukun Islam dan rukun Iman ada 6 dan 5. Bukan sekadar itu, kerana ada beberapa ibadah wajib dan sunat memiliki kaitan yang erat sehingga menjadi sebuah syarat atau rukun sebelum melakukan ibadah yang lain. Amalan untuk membaca Al-Quran adalah mengikut kemampuan individu itu sendiri. Buat stastik point untuk mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Amalan yang lain, boleh juga mendengar orang lain bertadarus Al-Quran. Apa yang kita lakukan buat mesti bermula daripada hati (niat).

Kuantiti Al-Quran

Jika kita membacanya Allah akan lipat gandakan pahala setiap huruf yang kita baca, seperti بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Bismillahirrahmanirrahim), 19 digandakan 2, tadabbur digandakan 10 dan sebagainya.

Tadabbur Hidupkan Jiwa Sanubari

Tadabbur dapat menghidupkan Al-Quran dalam hati dan kehidupan kerana tadabbur itu merujuk kepada membaca. Jika kita tidak faham makna ayat tersebut rujuklah ahli-ahli pakar Al-Quran atau alim ulamak. Bukan makna ayat -ayat Al-Quran yang kita fahami sebab ada ayat yang Allah saja faham, orang arab saja faham, ahli ulamak saja faham.

Membudayakan Al-Quran

Untuk membudayakan Al-Quran ini kita mesti hayati dan fahami, kita kena baca tafsirannya, baca Al-Quran 5 kali sehari untuk mencintai Al-Quran.

Cara Rasulullah  Tadabbur

  • Pada ayat Rahman, Nabi akan meminta dan berdoa kepada Allah.
  • Pada ayat tertentu berdoalah, “Ya Allah sampaikan aku ke syurga-Mu.”

Secara peribadinya, Al-Quran di turunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah S.A.W. Al-Quran juga perlu dihayati, bukan sekadar itu malah ia adadalah penawar bagi hati. Tadabbur dapat menghidupkan Al-Quran dalam hati dan kehidupan manusia. Kita harus membudayakan Al-Quran dan mencintai Al-Quran agar ia terus hidup dan jiwa dan sanubari manusia kerana ia jambatan untuk menuju syurga-Nya.

Surah An-Nisaa’


Surah An-Nisaa’ – (Perempuan) سورة النساء – mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa’ kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain. Surah yang lain banyak juga membicarakan tentang hal wanita seperti surah At Thalaq. Dalam hubungan ini, kebiasaannya disebut surah An Nisaa’ dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Al Kubraa (surah An Nisaa’ yang besar), sedangkan surah Ath Thalaq disebut dengan sebutan: Surah An Nisaa’ Ash Shughraa (surah An Nisaa’ yang kecil).

Continue reading