Mengingati Bulan Rabiul Awal


Maulidur Rasul jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam).  Baginda adalah nabi terakhir  diutus oleh Allah Subhanahu Wa ta’ala. Tapak kelahiran baginda mempunyai satu bangunan kecil dikenali sebagai Maulid Nabi. umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Kelebihan Bulan Rabiulawal Kepada Umat Islam

402307_219889854770712_100002490985287_467392_555097790_n

♣      Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.

Tujuan : untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

♣     Dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat

Tujuan : menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar kelak.

♣     Syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat

Niat akan menggambarkan keikhlasan kita. Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan.

♣     Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam

Tujuan :

牌      memperolehi syafaat di akhirat kelak.

牌      mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

牌      menghilangkan kesusahan dan kegelisahan,

牌      meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluan.

♣       Merapatkan hubungan sesama insan

Tujuan :

牌      dapat mendisiplinkan diri dan mematuhi arahan.

牌      bersikap menghormati orang lain.

牌      memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain.

牌       memupuk semangat perpaduan sesama muslim.

♣        Memberi pengajaran dan tauladan

Tujuan :  mengingati kisah-kisah para rasul dan nabi.

peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

Kesimpulan :

Sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan. Rasulullah telah berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

Apa Hukum Suami, Lelaki Mengaku Bujang Atau Duda?


8-24-16

Nota: Artikel soal-jawab ini diambil atas ihsan Jabatan Mufti Negeri Perlis di http://mufti.perlis.gov.my/

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

Soalan:

Saya muskil tentang hukum mengaku bujang atau duda sedangkan sudah ada isteri

Jawapan:

Jika berbohong, maka ia termasuk salah satu dari dosa-dosa besar.

Di bawah ini penjelasan ringkas berkenaan permasalahan yang ada kaitan dengan soalan saudara.

Para ulama ada membicarakan hukum seorang yang telah berkahwin, lalu ditanya kepadanya: “Kamu ada isteri?” lalu dia menjawab: “Tidak.” Dengan niat berbohong, maka dia berdosa kerana berbohong namun tiada apa-apa kesan terhadap hubungan dia dengan isterinya. Hal ini kerana lafaz “Tidak” adalah termasuk dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat, sedangkan niatnya adalah berbohong bukan talak. Sama halnya jika dia berkata: “Saya tiada isteri” termasuk di dalam lafaz kinayah.

Selebih itu, para ulama berbeza pandangan tentang orang yang berbohong mengaku dengan lafaz yang jelas telah bercerai atau telah mentalakkan isterinya. Sebahagian ulama berpandangan talak atau cerai itu terlaksana secara Diyanatan[1] danQadha’an[2]. Pandangan ini seperti yang disebut oleh Ibn Muflih dari mazhab Hambali di dalam al-Furu’ yang berkata:

“Jika seseorang ditanya: “Kamu telah mentalakkan isterimu?” lalu dia menjawab: “Ya!”Atau dia ditanya: “Kamu ada isteri?” Lalu dia menjawab: “Aku telah talakkan dia.”Sedangkan dia berbohong, maka talak itu terlaksana.”

Manakala para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan selainnya berpandangan sesiapa yang mengaku bercerai secara dusta, maka cerai itu terlaksana secara Qadha’antidak secara Diyanatan. Di dalam al-Bahr al-Ra’iq dari mazhab Hanafi dinyatakan:

“Sekiranya dia mengaku talak secara berbohong, maka terlaksana talak itu dari sudut Qadha’an (zahir/penghakiman).”

Di dalam Asna al-Matolib Syarh Raudh al-Tolib dari ulama mazhab al-Syafie dinyatakan pula:

“Sekiranya dia mengaku talak secara dusta, tidak tertalak isterinya batinan (Diyanatan), hanya berlaku talak zahiran (Qadha’an).”

Pandangan pilihan:

Pandangan yang menjadi pilihan ialah pandangan ulama mazhab al-Syafie dan Hanafi. Hal ini kerana sesuatu pengakuan mengandungi kebarangkalian sama ada benar atau dusta. Maka orang yang membuat pengakuan dusta dikenakan tindakan berdasarkan zahirnya di mahkamah. Manakala yang didustakan itu tidak berlaku pengakuan tersebut di sisi Allah. Justeru talak itu tidak terlaksana. Inilah pandangan yang lebih rajih.

 

Wallahu a’lam.

 

[1] Diyanatan (ديانة): iaitulah talak yang benar-benar jatuh di sisi Allah SWT. Sekalipun dari sudut perundangan tidak thabit talak tersebut disebabkan ketiadaan bukti yang jelas. Sebagai contoh seorang isteri benar-benar yakin suaminya telah mentalakkannya sebanyak tiga kali, maka dari sudut diyanatan isteri tersebut adalah haram buat suaminya sehinggalah suaminya berkahwin dengan wanita lain terlebih dahulu. Maka siisteri tadi wajib menjauhi suaminya dan tidak membiarkan berlaku hubungan suami-isteri antara mereka, sekalipun dia tidak mampu menthabitkan perceraian tersebut di hadapan hakim, sekalipun suaminya mengingkari dan mendatangkan bukti palsu.

[2] Qadha’an (قضاء): iaitulah talak yang dihukumkan jatuh oleh hakim atau Qadhi berdasarkan zahir disebabkan ketiadaan bukti menunjukkan tidak ada niat atau seperti seseorang yang melafazkan talak kerana terlajak cakap.

Hak Isteri Yang harus Dipenuhi Suami


Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

1. Jangan Memukul Wajahnya
Di antara hak yang harus dipenuhi seorang suami kepada isterinya ialah tidak memukul wajah isterinya, meski terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya kerana si isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya. Memukul wajah isteri adalah haram hukumnya. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla.

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleha adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz[1] , hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha tinggi, Maha besar.” [An-Nisaa’ : 34]

Dalam ayat ini, Allah membolehkan seorang suami memukul isterinya. Akan tetapi ada hal yang perlu diperhatikan dengan sungguh-sungguh tentang bolehnya memukul adalah harus terpenuhinya kaedah-kaedah sebagai berikut, iaitu:

1. Setelah dinasihati, dipisahkan tempat tidurnya, namun tetap tidak mahu kembali kepada syari’at Islam.
2. Tidak diperbolehkan memukul wajahnya.
3. Tidak boleh memukul dengan pukulan yang menimbulkan bekas atau membahayakan isterinya.                               4. Pukulannya pun pukulan yang tidak melukai, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ

“Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.” [2]

Pada zaman Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, ada sebagian Sahabat yang memukul isterinya, kemudian Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarangnya. Namun ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallaahu ‘anhu mengadukan atas bertambah beraninya wanita-wanita yang nusyuz (derhaka kepada suaminya), sehingga Rasul memberikan rukhshah untuk memukul mereka. Para wanita berkumpul dan mengeluh dengan hal ini, kemudian Rasul shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ أُولَئِكَ بِخِيَارِكُمْ.

“Sesungguhnya mereka itu (yang suka memukul isterinya) bukan orang yang baik di antara kamu.” [3]

Dari ‘Abdullah bin Jam’ah bahawasanya ia telah mendengar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ فَيَجْلِدُ امْرَأَتَهُ جَلْدَ الْعَبْدِ فَلَعَلَّهُ يُضَاجِعُهَا مِنْ آخِرِ يْوِمِهِ

“ Bagaimana mungkin seseorang di antara kalian sengaja mencambuk isterinya sebagaimana ia mencambuk budaknya, lalu ia menyetubuhinya di waktu petang?” [4]

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam juga menyebutkan tentang laki-laki yang baik, iaitu yang baik kepada isteri-isterinya.

Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَِهْلِهِ، وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah yang paling baik kepada isteriku” [5]

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya.” [6]

2. Janganlah Sekali-kali Engkau Menjelekkan Isteri
Contoh ucapan yang dimaksud adalah “Semoga Allah menjelekkanmu” atau “Kamu dari keturunan yang jelek” atau yang lainnya yang menyakitkan hati sang isteri.

Seorang suami telah memilih isterinya sebagai pendamping hidupnya, maka kewajipan dia untuk mendidik isterinya dengan baik. Setiap manusia tidak ada yang sempurna, sehingga adanya kekurangan dalam kehidupan berumah tangga merupakan sesuatu yang wajar terjadi dalam kehidupan sehari-hari.

Terkadang isteri memiliki kekurangan dalam satu sisi, dan suami pun memiliki kekurangan dari sisi yang lain. Tidak selayaknya melimpahkan tumpuan kesalahan tersebut seluruhnya kepada sang isteri.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً، إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Tidak boleh seorang mukmin menjelekkan seorang mukminah. Jika ia membenci satu akhlak darinya maka ia redha darinya (dari sisi) yang lain.” [7]

Seorang suami, sebagai ketua rumah tangga berkewajipan untuk membimbing dan mendidiknya dengan sabar sehingga dapat menjadi isteri yang soleha dan dapat melayani suaminya dengan penuh keredhaan.

Islam mengajarkan kepada ummatnya untuk memanjatkan doa kepada Allah ‘Azza wa Jalla atas kebaikan tabiat isterinya dengan memegang ubun-ubunnya seusai ‘aqad nikah sambil membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

“Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang dibawanya.” [8]

Apabila isteri anda salah, keliru atau melawan anda, maka nasihatilah dengan cara yang baik, tidak boleh menjelek-jelekkannya, dan doakanlah agar Allah memperbaikinya dan menjadikannya isteri yang soleha.

3. Tidak Boleh Engkau Memisahkannya, Kecuali Di Dalam Rumah
Jika seorang suami dalam keadaan marah kepada isterinya atau terjadi ketidakharmonian di antara keduanya, maka seorang suami tidak berhak untuk mengusir sang isteri dari rumahnya. Islam menganjurkan untuk meninggalkan mereka di dalam rumah, di tempat tidurnya dengan tujuan untuk mendidiknya. Sang suami harus tetap bergaul dengan baik terhadap isterinya, seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang mulia, Allah Ta’ala berfirman:

لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

“Dan janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah (diizinkan) keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas.” [Ath-Thalaq : 1]

Juga firman-Nya.

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“… Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.” [An-Nisaa’ : 19]

Pernikahan adalah ikatan yang kukuh مِيْثَاقاً غَلِيْظً (miitsaqon gholiidhoo), tidak selayaknya hanya kerana masalah yang kecil dan remeh kemudian bercerai-berai. Bahkan dalam masalah-masalah yang sangat besar pun, kita diperintahkan untuk bersabar menghadapinya serta saling menasihati.

Akan menjadi sangat sulit bagi orang tua (suami dan isteri) untuk membimbing dan mendidik keturunannya agar menjadi anak yang soleh, manakala sang suami berpisah dengan isterinya. Sedangkan anak yang soleh merupakan salah satu aset yang sangat berharga, baik untuk kehidupan kedua orang tuanya di dunia terlebih di akhirat kelak.

Bahkan kata-kata yang mengandung perceraian (thalaq) harus dijauhkan dengan sejauh-jauhnya meskipun sang suami dalam keadaan marah yang sangat, baik diutarakan dengan sungguh-sungguh mahupun sekadar kelakar. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang kalimat thalaq ini:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ: اَلنِّكَاحُ، وَالطَّلاَقُ، وَالرَّجْعَةُ

“Tiga hal yang apabila diucapkan akan sungguh-sungguh terjadi, main-main (pun) terjadi, iaitu nikah, thalaq, dan rujuk’.” [9]

Seseorang ketika dalam keadaan marah, cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang kotor, perkataan yang jelek, dusta, mencaci maki, mengungkit-ungkit kejelekan lawan bicara, menyanjung-nyanjung dirinya dan mengeluarkan kalimat yang mengandung kekufuran atau yang lainnya. Untuk itulah, ketika kita dalam keadaan marah, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk mengucapkan perkataan yang baik atau kalau tidak mampu maka dianjurkan untuk diam, beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

“Apabila seseorang dari kalian marah, hendaklah ia diam.” [10]

[Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa Bogor – Jawa Barat, Cet Ke II Dzul Qa’dah 1427H/Desember 2006]
*Nota kaki
[1]. Nusyuz iaitu meninggalkan kewajipannya selaku isteri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya, dan lainnya.

Alim Mujahid


Asalammualaikum dan salam sejahtera semua…                                                                                                               Pemuda pemangkit ummah,pemuda pemudi tongkah kejayaan ummah.

lelaki soleh

mengapa pentingnya menjadi alim mujahid.Pembentukan ‘Alim Mujahid memberi penekanan sebagai mahasiswa untuk menjadi ‘alim mujahid.

Apa itu ALIM MUJAHID?

Alim dalam bahasa arabnya bererti orang yang berpengetahuan dalam bidang ilmu manakala mujahid pula orang yang bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu. Pendek kata, ‘alim mujahid membawa pengertian orang yang berpengetahuan luas dalam aspek ilmu dan bersungguh melaksanakan kerja-kerja untuk Deen-Nya.

Dalam mengharungi dunia IPT yang bakal setiap insan harungi perlu kepada persiapan. Kita tidak mahu orang yang hanya menumpu sepenuhnya kepada akademik mahupun peribadi sahaja. Itu adalah penumpuan sesuatu aspek sahaja. Sebagai orang muslim yang beriman kepada Allah perlu untuk mengimbangi segala aspek kehidupan dengan cara menterbilangkan kesemuanya – aqidah, intelek, sahsiah, kerja dan sebagainya. Dan itulah yang dikatakan ‘alim mujahid, cemerlang dunia, gemilang akhirat dan terbilang kedua-duanya.

SEBAB APA PERLU MENJADI ‘ALIM MUJAHID?

Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mendapat redha Allah SWT. Tidak nilai bagi kita jika hidup kita di “R&R” dunia ini tidak mendapat mardhotillah. Kita mahukan Allah redha segala usaha dan kerja-kerja yang kita lakukan walaupun ia dianggap tidak relevan bagi masyarakat. Jadi, inilah tujuan kita menjadi ‘Alim Mujahid.

CIRI-CIRI ‘ALIM MUJAHID:

Untuk menjadi ‘Alim Mujahid perlu untuk kita persiapkan diri bagi memenuhi tuntutan yang digariskan sebagai seorang ‘Alim Mujahid.

1. Aqidah yang sohih (sejahtera)

Ini bermaksud Allah sahaja yang layak diabdikan dan tiada penyekutuan terhadap-Nya. Bebas daripada segala kesyirikan sama ada besar mahupun kecil.

2. Kefahaman yang jernih

Tiada kefahaman yang layak untuk kita pegangi melainkan bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Rujukan yang dipegang adalah berdasarkan rujukan ulama’-ulama’ muktabar.

3. Cemerlang akademik

Bergiat bersungguh-sungguh dalam kerja islami tanpa menjadikan akademik nombor 2 dalam keutamaan kehidupan walaupun Tarbiyah yang utama. Ia perlu diimbangi kerana ia boleh menjadi fitnah kepada Islam jika ia diabaikan.

4. Aktif berdakwah

Tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata. Sentiasa mencari peluang untuk berdakwah dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Tidak kira berada di mana-mana – kampus, kampung halaman, tempat kerja dan sebagainya.

“Selagi ada manusia di situ ada dakwah, di mana ada dakwah di situ ada Tarbiyah”

-sir Abdoh Zainal Abidin
5. Kerjaya sebagai method Dakwah
 Walaupun bekerja apa sekalipun, ‘Alim Mujahid sentiasa menjadikan kerjaya sebagai wasilah (jalan) untuk mengajak pengabdian kepada Sang Pencipta yang hakiki. Berpangkat besar, harta yang banyak dan segala pemberian manusia kepadanya disumbangkan kepada Islam. Tidak hairan dengan pujian dan sanjungan manusia kerana segalanya itu adalah pemberian daripada Allah sebagai pinjaman.
KESIMPULAN :
solat2-565x533
Berusahalah untuk menjadi ‘ALIM MUJAHID mudahan redha Allah diterima. Kekalkan JIDDIYAH dan ILTIZAM kita dengan kerja-kerja Islami dalam menegakkan Deen-Nya dimuka bumi ini. Banyakkan berdoa dan berusaha agar Allah kekalkan diri kita pada jalan-Nya yang benar.