Gangguan Mental


Individu cerewet ada gangguan mental. Mereka tergolong dalam kalangan penghidap OCD.

Kes 1 :

“Banyaknya lalat, berbau dan restoran pun tak bersih. Eeei tak sukanya tempat ni. Kenapa pemilik restoran tak tahu jaga? Jomlah kita pergi ke kafe lain.”

Kes 2 :

“Rumah ini berhabuk di sana sini. Mengapa tak dilap betul-betul. Masuk ke dapur, kaki rasa melekit, nampak masih banyak tompokan minuman manis tumpah tak di lap sempurna.”

Apa sebenarnya masalah mereka?

OCD adalah masalah membabitkan kesihatan mental yang membabitkan semua peringkat usia. Kriteria OCD termasuk masalah terlalu obses, iaitu situasi di mana berfikir bukan-bukan. Pemikiran itu muncul di dalam minda individu terbabit yang mereka sendiri tidak suka fikirkan. Fikiran itu  datang pada bila-bila masa hingga menimbulkan keresahan.

Faktor genetik

Mereka yang ada keluarga OCD boleh mendapat penyakit berkenaan kerana masalah dalaman otak itu sama. Masalah fizikal lain antara tanda OCD seperti beberapa jenis sawan atau masalah otak atau penggunaan dadah.

Gangguan ini perlu di saring walaupun seakan-akan menunjukkan penyakit OCD. OCD terbahagi kepada dua komponen iaitu obsesi dan kompulsi. Kadangkala hanya satu sahaja daripada dua komponen  berkenaan. OCD hanya boleh diagnosis  apabila semua masalah lain dibuktikan. 

Terlalu obses terhadap sesuatu

Kriteria kedua pula adalah kompulsi individu gemar melakukan aktiviti tertentu berulang kali yang biasanya bagi mengurangkan keresahan dialami akibat obsesi tidak dapat di kawal itu.

Contohnya, individu OCD gemar membersihkan barangan rumah atau sesuatu objek secara berlebihan. Kompulsi ini juga mempunyai ritualnya sendiri dan kadangkala kompleks.

Bagaimana OCD boleh diubati dan cara berkesan mengatasinya?

Dengan menjalani saringan dan diagnosis yang tepat, masalah boleh diatasi. Apabila saringan membuktikan ada masalah OCD, rawatan psikologi dimulakan selain ubat-ubatan. Biasanya, ubat bertujuan mengurangkan tanda obsesi tetapi apabila berkurangan tanda kompulsi juga hilang.

Ubat-ubatan yang diberikan berteraskan serotonin, biasanya diberikan untuk rawatan psikologi. Kadangkala, untuk OCD terlampau dan deep brain stimulation (DBS) berkenaan digunakan sebagai rawatan intervensi membabitkan bantuan pakar bedah otak.  

Dr Amer Siddiq Amer                                                                                                                                               Pakar Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya      

INFO

Individu yang tergolong dalam kumpulan OCD adalah :

Murung

Sedih

Kurang selesa

Cepat letih

Berat badan menurun

Cepat marah

Faktor yang meningkatkan risiko mendapat OCD adalah :

Genetik

Organik - seperti lesi di bahagian tertentu otak membabitkan
masalah saraf disebabkan meningitis dan enkefalitis.

Personaliti - mempunyai personaliti terlalu mementingkan
kebersihan,patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur,
dan enggan mengalah.

Pengalaman lalu

Konflik - berdepan konflik berpunca masalah hidup seperti
hubungan suami isteri,masalah tempat kerja dan keyakinan diri.

(Dipetik daripada Berita Harian, Disember 2018)

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.